Blog is a collection of answers that people don't want to hear, to the questions they didn't ask. - Sebastyne Young

Sharing


      Usrah semalam betul-betul deep. Aku masuk pun dah last-last sebab sebelum tu ada test...tak tahu nak cerita macam mana.... Kak Ain (Kak Naqibah) ada sentuh pasal "HATI".. hmm mula-mula tu aku tak rasa apa-apa pun, rasa biasa je *hati keras sikit* Tiba-tiba dia cakap lingkungan umur 19~22 memang hati kita, diri kita climax nak cari pasangan, nak nikah, nak nikah muda kononnya nak elak maksiat, nak menjaga, ada target kononnya nak kahwin selepas 20 dan sebelum 25.

*dushh* betul-betul dekat muka aku. Yaa, betul. Sangat betul. Aku rasa semua tu. Rasa nak nikah, rasa nak bina "baitul muslim". Kak Ain ada cakap, "hati-hati dengan hati kita. Fitrah kita rasa semua tu...semua akan alami terlebih-lebih lagi seorang muslimat asyik nak fikir soal kahwin sampai terlupa pasal ajal, pasal seorang muslimat yang akan jadi "MADRASAH TARBIYYAH"

*zappp*
Rasa betul-betul aku punya muka kena simbah air sejuk. Lagi tersentap! hmm "macam mana nak nikah kalau diri pun tak pandai nak tarbiyyah untuk jadi tabah. Kita ni nanti madrasah untuk anak-anak. Kita yang akan tarbiyyah anak-anak. Kalau kita pun tak kuat nak cari ilmu nak tahu pasal agama, agak-agak yang lahir dari rahim kita nanti akan jadi pejuang agama? Akan jadi mujahid mujahidin islam?" Tak salah nak fikir soal jodoh, nak minta pada Allah jodoh kita yang baik-baik tapi ustaz ada cakap, "jodoh kita adalah cerminan dari diri kita" jadi antumna tahu diri antumna macam mana?"

Aku terus tertunduk malu nak angkat muka. Aku ni ilmu pun tak sampai sebesar zarah, bangun qiam pun kadang-kadang alam yang gerak, dhuha pun kalau sempat baru aku buat nak baca al-quran pun malas. Lepas tu asyik fikir soal kahwin. *Tampaq muka*

Sedar sikit diri tu tak tara mana pun. Rasa nak menangis terlalu mencari pencinta sampai lupa pencipta. Di akhir Doa solat, selalu sebut pasal jodoh. Fuhh, bila Allah hantar betul-betul. Terus, setiap masa ingatkan "JODOH". Masa makan. Masa belajar. Sampaikan waktu solat pun asyik terbayang. Nak baca al-quran pun dah tak kusyuk macam sebelum ni. Allah. Cepat sungguh lupa pencipta. Bila dah pandai kenal "PENCINTA" kononnya, "BAKAL IMAM". Hahaha tak sedar diri ni tak lama lagi nak kena tanam. Betullah kata seorang murabbi ni, "malapetaka besar itu datangnya dari percintaan"

*gulp*
Rasa macam nak kena campak ke neraka jahanam. Yaa, niat sebenar sedikit sebanyak dah lari dari landasan kereta api. hmm kejar balik. Cari balik. Kadang, bila dah niat lari automatic Allah tarik balik apa yang kita dapat sebelum ni.

"JODOH"
Mohon jauh-jauh dari diri ini. Mohon jangan hadir saat aku sedang mencari cinta Illahi. Mohon kerana hati ini lemah, iman ini goyah. Diri ini terkadang lemah muslimah pun iman goyah"? Ya. Lagi besar ujian sebenarnya. Lagi kita menjauh, lagi dia menghampiri. Cinta? Hati? Simpan untuk yang layak memiliki. Biarlah untuk Illahi.

Jika kerana dia, aku lalai dari menyintai Illahi, aku mohon pergi jauh-jauh. Aku mohon. Aku nak jadi bidadari syurga. Aku nak jadi srikandi Islam. Aku nak jadi Madrasah tarbiyyah. Pegang hati, cakap pada hati "aku kena berubah, letak simen banyak-banyak dekat hati. Jadi benteng agak tak runtuh dengan penyakit hati, selalu pergi "gym tarbiyyah" baru sado iman tak lemah tak gundah tak rebah"

#copypaste
#muhasabahdiri

0 comments:

Powered by Blogger.