Blog is a collection of answers that people don't want to hear, to the questions they didn't ask. - Sebastyne Young

Ketika Ujub Melanda.

Berkata Ibnu Qayyim Rahimahullah:

Jika Allah mudahkan bagimu mengerjakan solat malam, maka janganlah memandang rendah orang-orang yang tidur. Jika Allah mudahkan bagimu melaksanakan puasa, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak berpuasa dengan tatapan menghinakan.

Jika Allah memudahkan bagimu untuk berjihad, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak berjihad dengan pandangan meremehkan. Jika Allah memudahkan pintu rezeki bagimu, janganlah kamu memandang orang-orang yang berhutang dan kurang rezekinya dengan pandangan yang mengejek dan mencela. Kerana itu adalah titipan Allah yang akan dipertanggungjawabkan kelak.

Jika Allah memudahkan pemahaman agama bagimu, janganlah meremehkan orang-orang yang belum faham agama dengan pandangan hina. Jika Allah memudahkan ilmu bagimu, janganlah sombong dan bangga diri kerana Allahlah yang memberimu pemahaman itu.

Boleh jadi orang yang tidak mengerjakan qiyamullail, puasa (sunat), tidak berjihad, dan sebagainya lebih dekat pada Allah darimu.

Ibnu Qayyim Rahimahullah berkata:

"Sungguh engkau terlelap tidur semalaman dan pagi harinya menyesal, lebih baik daripada qiyamullail semalaman, namun pagi harinya engkau merasa takjub dan bangga diri sebab orang yang merasa bangga dengan amalnya tidak akan pernah naik (diterima) amalnya."
Read More

Ini yang dipanggil keberkatan masa.



Ustaz kata:

Pernah tak dengar orang cakap "Malam terasa panjang bila kita solat Isyak awal", atau sendiri pernah rasa macam tu? Saya selalu rasa macam tu dan tertanya juga kenapa. Tapi bila difikirkan semula, bukan setakat solat Isyak. Bahkan, untuk setiap waktu solat, kalau kita tunaikan pada awal waktu, kita akan terasa bahawa masa itu lebih panjang jika nak dibandingkan dengan waktu yang kita solat lewat.

Ini semua ada kaitan dengan keberkatan masa. Berkat itu ertinya ziyadah : pertambahan, kekal atau tempoh panjang yang terisi kebaikan. Jadi bila orang kata, "semoga dapat rezeki yang berkat", itu bererti kita berdoa supaya dapat rezeki yang tidak cepat habis, dan digunakan dengan cara bermanfaat.

Keberkatan masa pula bagaimana? Bererti, masa terasa panjang, sentiasa cukup waktu untuk menyiapkan kerja-kerja kita atau perkara-perkara yang tidak sia-sia.

Pernah tertanya tak? Bila kita tengok seseorang tu, nampak sibuk, anak ramai, jawatan besar, tapi banyak kerja-kerja yang dapat dia siapkan seperti menulis banyak buku, khidmat masyarakat, join program itu ini, dan pelbagai lagi tugasan yang menuntut banyak masa darinya tapi sentiasa sahaja dia berjaya melakukan dengan baik. Subhanaallah. Begitulah, jika kita menjaga apa yang Allah suruh dan tidak leka dengan dunia, insha Allah keberkatan itu sentiasa akan mengiringi. Insha Allah. Jom tanamkan azam untuk sentiasa solat awal.

Oleh: Ustazah Sajidah.
Read More
Powered by Blogger.