Blog is a collection of answers that people don't want to hear, to the questions they didn't ask. - Sebastyne Young

Ini yang dipanggil keberkatan masa.



Ustaz kata:

Pernah tak dengar orang cakap "Malam terasa panjang bila kita solat Isyak awal", atau sendiri pernah rasa macam tu? Saya selalu rasa macam tu dan tertanya juga kenapa. Tapi bila difikirkan semula, bukan setakat solat Isyak. Bahkan, untuk setiap waktu solat, kalau kita tunaikan pada awal waktu, kita akan terasa bahawa masa itu lebih panjang jika nak dibandingkan dengan waktu yang kita solat lewat.

Ini semua ada kaitan dengan keberkatan masa. Berkat itu ertinya ziyadah : pertambahan, kekal atau tempoh panjang yang terisi kebaikan. Jadi bila orang kata, "semoga dapat rezeki yang berkat", itu bererti kita berdoa supaya dapat rezeki yang tidak cepat habis, dan digunakan dengan cara bermanfaat.

Keberkatan masa pula bagaimana? Bererti, masa terasa panjang, sentiasa cukup waktu untuk menyiapkan kerja-kerja kita atau perkara-perkara yang tidak sia-sia.

Pernah tertanya tak? Bila kita tengok seseorang tu, nampak sibuk, anak ramai, jawatan besar, tapi banyak kerja-kerja yang dapat dia siapkan seperti menulis banyak buku, khidmat masyarakat, join program itu ini, dan pelbagai lagi tugasan yang menuntut banyak masa darinya tapi sentiasa sahaja dia berjaya melakukan dengan baik. Subhanaallah. Begitulah, jika kita menjaga apa yang Allah suruh dan tidak leka dengan dunia, insha Allah keberkatan itu sentiasa akan mengiringi. Insha Allah. Jom tanamkan azam untuk sentiasa solat awal.

Oleh: Ustazah Sajidah.

0 comments:

Powered by Blogger.