Blog is a collection of answers that people don't want to hear, to the questions they didn't ask. - Sebastyne Young

Bersyukur kerana aku begini.


Bila fikir balik.

Diri ini bersyukur wajah ini bukanlah selayak menjadi model/artis, kalau tak pasti sibuk kongsi kecantikan diri dengan membuat video-video cute, dubsmash/upload gambar makan sengkuang comot kat pipi pon melambung orang puji sampai bergetar tulang rusuk laki katanya.

Bersyukur diri ini tidak punya potongan badan ramping menawan, kalau tak pasti diri ini meronta-ronta nak pakai pakaian tak patuh syariah, semata dahaga dan hanyut dengan pujian dan ada yang cemburu dengki di belakang tabir.

Bersyukur suara ini tak sesuai bawa lagu Siti Nurhaliza, apatah lagi bermain gitar cover, lagu Kun Anta. Kalau tidak, pasti diri ini hanyut buat beratus-ratus video di Youtube, maka saham dosa makin mencanak naik tanpa sedar.

Bersyukur diri ini tidak sentiasa mampu membeli itu ini tanpa rasa bersalah belanja untuk keperluan atau pembaziran. Dan akan bercuti ke sana sini hanya kerana mengikut trending, atau ikut nafsu orang nak pergi kita pun nak pergi ke sana, sinun, situ.

Bersyukurlah sayang dirimu insan biasa. Bersyukurlah gadis yang dirimu bukan untuk dipuja. Bersyukurlah wanita dirimu bukan topik harian utama.

Jika apa yang dikatakan benar, bukan tidak pernah terdetik dalam hati kita untuk buat semua itu, dah nama pun manusia, iman pasti senipis macam kulit bawang, tapi tanda Allah sayangkan kita bila Allah bagi kita lihat diri kembali banyak kurangnya dari orang lain yang mampu buat apa yang kita tak mampu buat. Itu peringatan atau lencongan niat. Kita teruskan batalkan niat. Kita tak jadi nak buat. Mungkin kita lupa. Kekadang kelebihan itu adalah satu nikmat atau ujian buat dia, kita dan orang-orang lain.

Tapi tak jugak bermaksud kita tak boleh perbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Tapi baiki diri untuk siapa? Betulkan nawaitu kita itu. Apa yang saya cakap bukan semua yang begini. Untuk segelintir yang pernah terfikir dan terdetik. Sebab saya salah seorang yang terdetik itu. Mana tahu ada yang pernah terdetik seperti saya. Maka, kini aku bersyukur sahaja apa adanya aku. Bersederhana sahaja yang aku pilih.

0 comments:

Powered by Blogger.