Blog is a collection of answers that people don't want to hear, to the questions they didn't ask. - Sebastyne Young

Empat Hal Sebelum Tidur.

Rasulullah s.a.w berpesan kepada Siti Aishah r.a: "Ya Aishah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu:1) Belum Khatam Al-Quran. 2) Belum menjadiakan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat. 3) Belum para muslim meredhai engkau. 4) Belum engkau melaksanakan haji dan umrah"

Bertanya Siti Aisyah: " Ya Rasulullah! Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasulullah tersenyum dan bersabda: "1) Jika engkau akan tidur, bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran. 2) Bacalah selawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku. Maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat. 3) Beristighfarlah untuk para mukminin. Maka mereka akan meredhai engkau. 4) Dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir. Maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.
Read More
Powered by Blogger.